Like...(^-^)...Like

Saturday, October 22, 2011

Jangan Fikir Doktor itu Tuhan

Sering kali apabila kita sakit doktor akan meminta kita untuk makan ubat. Tiada pula doktor suruh untuk melakukan perkara lain. Doktor : Encik makan ubat ini ya. Nanti cepat sikit sembuh. Pesakit : Ubat yang doktor Klinik ABC bagi itu tidak elok lah doktor. Dah 3 hari saya makan tapi tidak elok jugak sakit saya ini. Makin parah ada lah saya rasa. Doktor : Tidak apa encik. Saya bagi ubat lain ya. Nanti encik makan. Jangan tidak makan pula. Pesakit : Baiklah doktor. Saya akan makan ubat ni sampai sembuh. Terima kasih doktor, Doktor : Sama-sama encik. Apa niat kita masa makan ubat tu? Adakah kita berkeyakinan bahawa dengan makan ubat itu sakit yang kita deritai akan sembuh? Adakah kita menaruh harapan bahawa ubat itu akan membawa kesembuhan buat kita? Adakah kita beranggapan bahawa ubat itu punya kuasa magis untuk menyembuhkan penyakit? Adakah kita rasa doktor yang kita jumpa itu punya kuasa untuk sembuhkan kita? Sebenarnya kita tidak sedar bahawa dengan beranggapan sedemikian kita telah terjatuh dalam syirik kecil. Astaghfirullahal 'Azim. Perlu diingatkan bahawa ubat itu hanya menjadi perantara kepada kesembuhan penyakit. Bukannya ubat itu yang punya kuasa untuk menyembuhkan penyakit. Bahkan hanya Allah sahaja yang punya kuasa yang Maha Penyembuh.

No comments:

Post a Comment