Like...(^-^)...Like

Monday, May 30, 2011

WANITA...!!!! Fesyen Zaman Sekarang


Sejarah pemakaian tudung ini sebenarnya bermula berkurun lamanya. Pada zaman Judeo-Kristian membuktikan pemakaian tudung yang biasanya dipakai oleh rahib wanita mereka.Cuba perhatikan pemakaian rahib wanita? Mereka memakai tudung tetapi tidak menutup dada, tetapi tudungnya labuh ke belakang. Oleh itu apabila kedatangan Islam,setiap wanita diperintahkan Allah S.W.T untuk melabuhkan tudung kepala mereka menutupi bahagian dada. Melalui cara ini ia dapat dibezakan antara rahib wanita dan juga Wanita Islam yang terlalu istimewa pemakaian tudung.

Menurut hadis yang diriwayatkan Bukhari, Aisyah radiallahuanha menceritakan kisah ketika Surah An Nur ayat 31 diturunkan di Madinah wanita mukmin Ansar dan Muhajirin terus melaksanakan perintah ini serta-merta tanpa banyak soal dengan mencari apa sahaja kain di sekeliling mereka lalu bertudung dengannya sebagai membenarkan dan membuktikan iman kepada apa yang Allah perintahkan. Tanpa mempertikai apa-apa.

Hadis nabi :"barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka" – riwayat Abu Daud.



Sebab salahnya memakai tudung macam ni:


  • Menampakkan bentuk leher dan sanggul yang tinggi seperti bonggol unta
  • Tudung terlalu singkat dan tidak menutup dada sehingga menampakkan bentuk badan. Tudung sekadar menutup kepala dan rambut.. ingat tu

Tujuan aku post menda nie, bukan apa, sekadar memberi pandangan. Tak salah la kalau pakai tudung ni, cuma yang salah bila dia sesangat pendek dan melekat lekat. Memang bila dah melekat, nampak semua. Dah boleh scan.